Aplikasi Google Kini Mencapai 5 Bilion Muat-Turun Di Play Store

Aplikasi Google Kini Mencapai 5 Bilion Muat-Turun Di Play Store

Diterbitkan pada Mac 11, 2019 oleh .

Pengguna peranti Android pastinya pernah melihat aplikasi Google yang sedia terpasang pada peranti anda. Ia merupakan aplikasi asas daripada Google dalam membolehkan pengguna mendapatkan info ringkas secara pantas. Pada hari ini, ia telah mencapai angka muat-turun melebihi 5 bilion, sekaligus meletakkannya sebagai aplikasi ketiga dengan jumlah muat-turun terbanyak di Play Store.

Seperti sedia maklum, aplikasi Google dapat memaparkan beberapa perkara seperti cuaca dan berita, selain membolehkan pengguna membuat carian pantas pada aplikasi ini. Ia adalah aplikasi tunjang untuk membolehkan fungsi Google Assistant dijalankan, kerana ia mengandungi segala tetapan penting Google di dalam satu aplikasi.

Sebelum ini, Youtube telah dimuat-turun melebihi 5 bilion pada Disember 2018, sekaligus meletakkannya sebagai aplikasi pertama dengan angka muat-turun ini. Ia kemudiannya diikuti oleh aplikasi Google Maps yang baru sahaja melepasi angka 5 bilion pada minggu lepas.

Pencapaian ini tidak mustahil kerana aplikasi-aplikasi ini kebanyakannya tersedia di dalam peranti baru. Setiap aplikasi yang tersedia ini akan dikemaskini secara automatik, sekaligus menyumbang kepada angka muat-turun yang tinggi.


TIPS & ULASAN