Sewaktu anda membaca artikel ini, mungkin anda telahpun mendengar pelbagai ura-ura mengenai siri P dari Huawei yang bakal hadir tidak lama lagi. Siri P merupakan siri mercu dari Huawei dan dalam tempoh kurang dari dua minggu akan datang kita bakal menemui ahli terbaru siri ini iaitu Huawei P30.
Huawei P30 yang bakal dilancarkan pada 29 March 2019 merupakan kesinambungan keunggulan teknologi dari Huawei bagi bersaing dengan peranti mercu dari jenama lain. Sekiranya anda terlepas apa-apa berita berkenaannya, berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu mengenai siri Huawei P30.
Keunggulan Kamera Yang Dihasilkan Dengan Kerjasama Leica
Huawei yang telah menjadi antara yang terawal untuk membawakan teknologi dwi-lensa pada Huawei P9, bagi menghasilkan gambar yang lebih jitu, serta kesan bokeh yang menarik. Malah jika pada tahun lepas mereka telah mencipta sistem tri-kamera dengan resolusi 40MP, kini mereka bakal menawarkan satu lagi kecanggihan dengan berkemungkinan menggunakan empat-lensa sebagai kamera utama.
Jika pada Huawei P20 Pro kameranya mendapat markah DxOMark setinggi 109, maka tidak mustahil kamera pada Huawei P30 bakal mendapat markah yang lebih tinggi. Malah CEO Huawei iaitu Richard Yu telahpun mengacah gambar bulan yang dirakam beliau, yang dikatakan menggunakan Huawei P30.
Pengecasan Pantas, Zoom Periskop, Zoom Optikal 10X
Melengkapkan teknologi kamera dengan kerjasama Leica, Huawei turut mengetengahkan beberapa teknologi penting yang perlu dimiliki setiap peranti. Kamera pada peranti ini dikatakan bakal mempunyai Zoom Periskop dan juga Zoom Optikal 10X. Zoom periskop membolehkan saiz kamera kekal kecil danpa memerlukan sensor yang besar diletakkan di belakang. Satu lagi ciri adalah keupayaan Zoom Optikal 10X yang disebutkan akan hadir pada siri P30 ini.
Memahami gaya hidup peranti mudah alih, adalah penting untuk peranti mempunyai pengecasan pantas bagi menjimatkan masa pengecasan. Ia dikatakan bahawa Huawei P30 Pro bakal menyokong Pengecasan Pantas 40W sementara Huawei P30 menyokong pengecasan pantas 22.5W, masih lebih laju berbanding 18W pada Samsung Galaxy S10, Google Pixel 3 dan juga Apple iPhone XS Max.
Aksesori Menarik Huawei Akan Ditawarkan Bersama Huawei P30
Membeli peranti tanpa aksesori bersesuaian adalah ibarat lagu tanpa irama. Tahun lalu sewaktu pelancaran Huawei Mate 20 di Malaysia, pemilik turut menerima pengecas tanpa wayar, dron DJI Tello, Huawei Sound Stones dan juga keahlian Mate20 VIP.
Tahun ini untuk penawaran Huawei P30, ia dikatakan bahawa peranti Huawei Backup, iaitu peranti untuk sandaran data akan diberikan percuma kepada pengguna. Peranti ini mempunyai kapasiti storan 1TB dan ini sekaligus memberikan lebih nilai dan juga sebab kenapa pengguna perlu memilih Huawei P20 berbanding yang lain.
Hanya kurang dari dua minggu sebelum pelancaran Huawei P30 di Paris, Perancis akan berlangsung iaitu pada 26 Mac 2019. Ikuti kemaskini secara langsung dari Amanz berkenaan pengumuman acara tersebut.
Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia