Cari @ Amanz

Apple Mengadakan Acara Khas Pada 25 Mac – Memperacah Perkhidmatan Penstriman Video

Link Copied!

Ura-ura mengenai Apple akan melancarkan perkhidmatan penstriman video mereka telah didengari sejak penghujung tahun lalu. Pagi ini mereka secara rasmi mengesahkan akan mengadakan acara pada 25 Mac ini dengan slogan “It’s Show Time”. Ini ialah petanda yang paling jelas perkhidmatan ini akan akhirnya dilancarkan pada tarikh tersebut.

Selain perkhidmatan penstriman video, perkhidmatan Apple News juga dipercayai akan dilancarkan pada acara yang sama. Berita buruk bagi mereka yang menantikan kemas kini iPad ialah, tablet baharu iPad Mini dan iPad mungkin tidak akan dilancarkan kerana acara ini akan menumpukan perhatian kepada perkhidmatan dan bukan perkakasan.


Komen ()