Nasib yang melanda HTC adalah amat menyedihkan dengan ia kini tidak lagi menumpukan perhatian kepada perniagaan peranti mudah alih. HTC U12+ yang menampilkan inovasi nirbutang gagal mendapat sambutan kerana ia tidak praktikal dalam penggunaan seharian. Tetapi masih terdapat sebilangan kecil peminat tegar mereka yang membeli peranti mercu yang dikeluarkan.
We wanted to share the status on the Android 9 update. HTC is currently working on ensuring the update is compatible with our phones & we anticipate a release for U11, U11+ & U12+ customers starting Q2’19. Exact timing defers to operators’ availabilities in different countries.
— HTC (@htc) March 11, 2019
Sekiranya anda tergolong di dalam kumpulan ini, HTC baru sahaja mengumumkan kemas kini ke Android Pie untuk HTC U12+, U11+ dan U11 akan hanya diberikan pada suku kedua 2019. Mereka kini sedang dalam proses melakukan ujian bagi memastikan ia berfungsi dengan baik pada tiga peranti mercu ini.
Oleh sebab itu HTC kini menjadi pengeluar yang paling lambat memberikan kemaskini pada peranti mercu mereka. Hanya beberapa tahun yang lalu mereka menjanjikan kemaskini ke versi terkini Android dalam masa 90 hari tetapi janji tidak ditepati.