Cari @ Amanz

iPhone Kini Boleh Menstrim Muzik Berformat MQA Pada Aplikasi Tidal

Link Copied!

Kami akui bukanlah seorang peminat audio yang betul-betul tegar. Kualiti penstriman audio menerusi Spotify pada hemat kami sudah cukup memuaskan. Tetapi jika anda benar-benar seorang audiofilia yang tegar, kualiti MP3 biasa adalah tidak memadai. Untuk anda Master Quality Authenticated (MQA) adalah format penstriman audio yang terbaik.

Sekiranya anda pengguna aplikasi Tidal pada iPhone, format MQA akhirnya boleh distrim pada peranti anda. Buat masa ini hanya 150,000 ditawarkan dalam format MQA oleh Tidal. Ini adalah jumlah yang kecil berbanding 56 juta lagu yang ditawarkan oleh katalog Tidal. Pengumuman hari pastinya dinantikan pengguna iPhone selepas Tidal menyokong penstriman MQA pada kesemua peranti Android pada bulan Januari yang lalu. Untuk menikmati muzik MQA, langganan perkhidmatan Tidal HIFI berharga RM 49.90 sebulan diperlukan.


Komen ()