Cari @ Amanz

Menggunakan Samsung Galaxy S8 atau Galaxy S8+? Berita menarik untuk anda. Hari ini, ia dilihat pihak Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemaskini perisian terbaru, menawarkan sistem operasi Android 9.0 Pie bersama-sama antaramuka One UI.

Samsung Galaxy S8

Melaluinya, ia membawakan kaedah interaksi serba baru, sokongan navigasi yang dioptimasikan untuk sebelah tangan, pengoptimasian penggunaan bateri, kemudahan membalas terus daripada talam notifikasi, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy S8 atau Galaxy S8+ di Malaysia, anda boleh memulakan proses kemaskini hari ini, dimana ia membawakan saiz muat-turun sebesar 1.6GB bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd