Google Hangouts Menerima Kemaskini Untuk Memadam Sejarah Mesej Yang Dihantar

Google Hangouts Menerima Kemaskini Untuk Memadam Sejarah Mesej Yang Dihantar

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Terdapat ura-ura yang Google turut akan menamatkan sokongan Google Hangouts pada tahun 2020. Walaupun sudah terdapat ura-ura, ini tidak bermakna Google akan terus tinggalkan terus perkhidmatan mereka ini.

Baru-baru ini, Google telah hadir dengan kemaskini baru buat Google Hangouts. Kemaskini ini membenarkan pengguna memadam sejarah perbualan 1:1 dalam Hangout Chats dan juga dalam Hangout klasik. Akan tetapi, Si penerima mesej akan masih boleh lihat mesej yang dipadam hanya mereka yang memadam mesej sahaja akan terkesan.

Fungsi ini sudah lama berada dalam aplikasi permesejan lain, hanya terkini sahaja Googlr Hangouts menerima kemaskini ini. Kemaskini ini sudah bermula diedarkan sejak 11 Mac dan akan hadir secara berperingkat kepada semua dalam masa 1-3 hari ini.


TIPS & ULASAN