Aplikasi Prototaip Twitter ‘twttr’ Dilancarkan Buat Beberapa Pengguna iOS Terpilih

Aplikasi Prototaip Twitter ‘twttr’ Dilancarkan Buat Beberapa Pengguna iOS Terpilih

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Twitter adalah aplikasi sosial media yang turut digelar sebagai mikro-blog. Ia adalah tempat di mana pengguna meluah perasaan, berkongsi maklumat, menerbit status diri sendiri atau juga menerbit bebenang yang mengandungi pelbagai topik. Bulan Februari lepas, Twitter mula menjemput pengguna mereka yang ingin mencuba aplikasi baru. Hari ini aplikasi tersebut dilancarkan.

Aplikasi ini adalah ‘twttr‘. Ia hanya dilancarkan kepada pengguna iOS yang mendaftar pada bulan Februari lepas dan hanya beberapa pengguna terpilih sahaja dapat mencuba aplikasi ini hari ini. Menurut Twitter, aplikasi ini akan hadir dengan banyak ciri baru dan meminta pengguna yang terpilih ini bantu proses pembangunan ‘twttr’.

Aplikasi ini masih lagi dalam bentuk prototaip dan terhad kepada pengguna iOS. Tiada butiran mengenai fungsi aplikasi ini, kenapa ia dibangunkan dan bila akan dilancarkan secara terbuka. Kali terakhir nama ‘twttr’ didengari adalah enam tahun lepas, pada hari April Fool. Di mana Twitter mengecas pengguna $5 jika ingin menggunakan huruf vokal.


TIPS & ULASAN