Cari @ Amanz

Untuk mengawal sesuatu peranti boleh pakai, kebiasaannya satu aplikasi khas diperlukan. Begitu juga Samsung, mereka mempunyai aplikasi Galaxy Wearables yang sebelum ini digelar sebagai Samsung Gear.

Dengan kemaskini sistem operasi peranti Samsung dari Samsung Experience kepada One UI, aplikasi Galaxy Wearables turut menerima kemaskini antaramuka ini. Melalui antaramuka ini, kawalan menggunakan satu tangan adalah lebih mudah, rekaan adalah lebih kemas dan keihatan menarik. Dengan kemaskini ini juga, aplikasi Samsung tersendiri akan lebih selari dengan antaramuka sistem operasi.

Kemaskini ini hadir secara berperingkat dan dilihat adalah daripada bahagian pelayan. Jika anda masih tidak menerima kemaskini ini, sabar dan nantikan sahaja kemunculannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd