Android Q Beta Mungkin Akan Hadir Seawal Esok Hari Kepada Beberapa Pengguna Terpilih

Android Q Beta Mungkin Akan Hadir Seawal Esok Hari Kepada Beberapa Pengguna Terpilih

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Seperti tahun lepas, beta pertama Android P hadir pada sekitar bulan Mac. Jadi adakah nasib buat Android Q juga begitu? Terkini, melalui kalendar pembangun Google yang tertiris – beta Android Q dikatakan akan hadir seawal esok hari (13 Mac). Sebelum ini, Android Q dikatakan akan hadir pada semalam – 11 Mac, namun itu hanya khabar angin dan tidak benar.

Sayang sekali, beta Android Q ini hanya akan hadir buat beberapa pengguna terpilih sahaja dan bukan secara awam. Berkemungkinan besar, pengguna yang terpilih adalah antara para pembangun yang aktif dalam pembangunan ROM. Android Q dijangkan akan membuang butang ‘back’ dan menggunakan kawalan gesture penuh.

Selain itu, sokongan untuk sekuriti seumpama Face ID turut dikatakan akan terbina sekali – sekali gus akan menggantikan imbasan wajah ‘Smart Lock’ yang sudah lapuk. Antara fungsi lain yang menarik adalah mod gelap yang lebih mendalam, mod desktop, fungsi rakaman skrin terbina dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN