Cari @ Amanz

Metabahan Akustik Ini Mampu Membatalkan 94% Hingar Secara Pasif

Link Copied!

Mari kita belajar kosa kata baru hari ini iaitu metabahan akustik (acoustic metamaterial). Metabahan adalah bahan sintetik yang dihasilkan tetapi tidak mempamerkan sifat yang ditemui secara semula jadi. Juru selidik dari Boston University telah menghasilkan metabahan akustik yang boleh membatalkan hingar sehingga 94% secara pasif.

Bahan berbentuk gelung ini dihasilkan menggunakan cetakan 3D. Ia mempunyai permukaan yang memantulkan semula bunyi bising tetapi pada waktu yang sama membenarkan udara untuk mengalir dengan bebas. Ia mempunyai aplikasi yang menarik untuk digunakan pada sistem ekzos kenderaan, cerobong asap kilang dan juga bahagian belakang enjin jet yang menghasilkan bunyi yang bising.

Kelebihan metabahan akustik ini ialah ia berfungsi secara pasif tanpa sebarang kuasa. Sistem pembatalan hingar aktif yang ditemui pada fon telinga misalnya memerlukan mikrofon yang mengesan hingar dan kemudian pembesar suara yang memantulkan gelombang audio setandang arah bertentangan untuk menghasilkan interferens memusnah. Ini memerlukan sumber yang memendekkan hayat fon kepala nirwayar.


Komen ()