Cari @ Amanz

Lenovo Ingin Mentransformasi Institusi Pendidikan Dengan Sejumlah Penawaran Produk Terkini

Link Copied!

Institusi pendidikan moden seharusnya tidak lagi bergantung kepada medium pembelajaran konvensional semata-mata. Dengan adanya teknologi menarik seperti komputer dan alatan realiti maya (VR), ia dapat menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan untuk menarik perhatian pelajar. Dalam usaha untuk menambahbaik sesi pembelajaran ini, Lenovo telah hadir dengan beberapa solusi dan produk menarik untuk digunakan pada sektor pendidikan.

Antara perkara yang ditekankan oleh Lenovo dalam menjayakan sesi pembelajaran yang moden adalah dengan tidak menyekat sistem operasi dan produk yang digunakan oleh pelajar dan guru. Dengan perisian LanSchool, ia membolehkan peranti yang digunakan oleh guru disambungkan ke pelbagai peranti untuk pelajar tanpa mengira platform yang digunakan. Tidak kira pelajar tersebut menggunakan iPad, tablet Android, mahupun komputer Windows, ia masih boleh disambungkan ke perisan LanSchool ini.

Perisian ini yang menariknya membolehkan para guru melihat perkara yang sedang dilakukan di dalam peranti pelajar. Sekiranya ingin menarik perhatian mereka, guru boleh mengaktifkan fungsi ‘blank screen‘ untuk mengelakkan pelajar melakukan sesuatu perkara ketika sesi memberi penerangan. Guru juga boleh mengaktifkan sesuatu aplikasi pada peranti pelajar secara serentak, selain membolehkan mereka menjawab undian melalui fungsi Polling.

Selain daripada solusi pembelajaran, Lenovo juga menekankan teknologi realiti maya (VR) untuk memberi pengalaman pembelajaran yang lebih imersif. Ia membolehkan guru dan para pelajar melawat sejumlah kawasan seperti zoo, muzium, dan tempat bersejarah tanpa perlu meninggalkan bilik darjah. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Lenovo, pembelajaran melalui VR dapat menarik perhatian pelajar sebanyak 97% berbanding pembelajaran konvesional.

Untuk menjayakan ruang pembelajaran moden ini, Lenovo telah hadir dengan kit Lenovo VR Classroom sebagai kemudahan untuk perlaksanaan sistem pembelajaran ini. Ia membolehkan institusi pendidikan menerima sejumlah perkakasan dan perisian VR ini melalui langganan secara tahunan. Ia turut hadir dengan khidmat latihan daripada profesional, selain menyajikan sokongan waranti untuk kesemua produk yang ditawarkan.

Lenovo juga turut memperlihatkan sejumlah peranti berasaskan komputer riba yang direka untuk kegunaan di kelas. Antaranya ThinkPad 11e dan Yoga 11e yang menyajikan binaan peranti bersaiz kecil bersama rekaan tahan lasak. Untuk kegunaan guru pula, Lenovo turut menyarankan siri ThinkPad X1 yang sedia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang khusus.

Dengan usaha daripada Lenovo ini, institusi pendidikan dapat ditransformasi dengan cemerlang dengan adanya produk dan solusi yang praktikal. Produk seperti LanSchool daripada Lenovo menyajikan sejumlah fungsi kawalan yang menarik untuk memudahkan pengguna mengawal aktiviti dan pergerakan pelajar. Sebagai pengeluar komputer riba yang terbesar di dunia, mereka juga mempunyai sejumlah produk yang berkualiti, dalam memberi jangka hayat peranti yang lama untuk kegunaan pendidikan ini.


Komen ()