Samsung Malaysia sebelum ini telah mengacah mereka akan menawarkan telefon pintar dibawah siri Galaxy M untuk pasaran tempatan secara eksklusif secara atas-talian. Hari ini, berkongsi lanjut mengenainya, Samsung mengesahkan mereka akan menawarkannya secara eksklusif bersama Shopee.
Jikalau mengikut pengesahan Sirim sebelum ini, Samsung dilihat mungkin menawarkan Galaxy M20 terlebih dahulu, yang mana ia hadir dengan skrin 6.3-inci dan bateri berkapasiti 5000mAh, selain dwi-kamera belakang gabungan 13+5-megapixel.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 18 Mac ini untuk melihat apakah yang akan ditawarkan oleh pihak Samsung melalui siri Galaxy M yang eksklusif secara atas-talian ini.