Sejak Xiaomi Mi 8, Xiaomi mula menggunakan panel AMOLED pada peranti mereka. Seperti yang anda semua tahu, jika sesebuah peranti tersebut menggunakan panel OLED – pasti akan ada sokongan Always On Display, Ambient Display atau fungsi yang lebih kurang sama (kecuali pada iPhone).
Xiaomi boleh dikatakan agak baru lagi dengan fungsi Always On Display. Kelak, mana-mana peranti yang menyokong fungsi ini akan menerima kemaskini untuk memaparkan peratusan bateri. Sebelum ini, peranti Xiaomi hanya mampu memaparkan notifikasi dan jam sahaja. Fungsi ini akan hadir dalam kemaskini MIUI yang akan diedarkan dalam masa terdekat.
Jangkaan kami, ia akan hadir pada MIUI versi China terlebih dahulu dan versi Global akan hadir beberapa minggu selepas versi China hadir. Sama-sama kita nantikan.