Semalam, Oppo telah mengumumkan satu sub-jenama baru – Reno. Jika dilihat pada logonya dengan warna, ia mencadangkan peranti kelas pertengahan atau kelas permulaan. Tetapi, ura-ura mengatakan Reno adalah siri peranti mercu baru Oppo.
Oppo Reno video. Net friend spread.#OPPO pic.twitter.com/bvtVNBPqe4
— Tech (@TechstarGod) March 11, 2019
Hari ini, satu video acah buat peranti Oppo Reno telah tertiris. Apa yang pasti adalah, peranti ini akan hadir dengan warna cerun yang menjadi trend terkini. Dalam video tersebut, ia turut mencadangkan yang peranti Reno ini mungkin akan mempunyai tiga kamera. Menurut sumber, kamera ini mungkin adalah daripada lensa 48-Megapixel, lensa ultra-lebar dan juga lensa untuk bokeh.
Mengejutkan, terdapat khabar angin mengatakan – skor Antutu yang tertiris minggu lepas adalah skor buat peranti Reno ini. Ia menerima skor 365,246 iaitu setaraf dengan Snapdragon 855. Ini bermakna, ada kemungkinan besar peranti ini akan dijana Snapdragon 855. Wakil Oppo turut pernah terbit di Weibo mengenai satu peranti Oppo baru yang bakal hadir dengan lensa zoom 1ox dan bateri 4065mAh.
Dari poster yang tertiris, ia turut mencadangkan yang peranti ini akan memfokuskan kepada kreativiti dan prestasi yang lancar. Menurut sumber lagi, Oppo Reno mungkin akan dijual pada harga RMB4000, iaitu sekitar RM2435. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 10 April kelak.