Cari @ Amanz

Google telah mengumumkan pada penghujung tahun lepas yang mana mereka akan menamatkan Google Allo pada Mac 2019 kelak. Kini, seperti dijanjikan, pihak Google telah mengemaskini laman Google Allo, dan menyatakan ia akan ditamatkan pada 12 Mac 2019, iaitu hari ini.

Bagi yang tidak berkesempatan mengenali Allo, ia merupakan salah satu aplikasi permesejan yang ditawarkan oleh Google untuk pengguna Android, iOS dan melalui web. Selain berinteraksi dengan rakan-rakan, ia juga menyertakan integrasi Google Assistant untuk memudahkan pengguna membuat lebih perkara ketika sedang berbual dengan rakan-rakan lain.

Walaubagaimanapun, memandangkan Google Allo tidak mempunyai angka pengguna yang tinggi, Google kini dilihat menamatkan perkhidmatan berkenaan. Tetapi, menariknya, beberapa teknologi daripada Allo akan diintegrasikan pada Android Messages, termasuk integrasi Google Assistant.

Bagi anda yang menggunakan Allo sebelum ini, boleh membuat salinan pendua data anda daripada perkhidmatan berkenaan pada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd