Huawei bakal memperkenalkan Huawei Nova 4e secara rasminya pada minggu ini. Seperti biasa, dengan berbaki beberapa hari lagi sebelum pelancaran, kini gambar rekaan peranti berkenaan tertiris ke arena web melalui laman MySmartPrice.
Huawei Nova 4e dijangka turut dipasarkan dibawah nama Huawei P30 Lite di beberapa pasaran. Ia hadir dengan rekaan bertakuk kecil dihadapan, selain menyertakan tri-kamera belakang, dan pengimbas cap jari dibelakang.
Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Huawei akan melancarkan telefon pintar ini secara rasminya pada 14 Mac 2019 ini di China. Selain China, Huawei juga dijangka memasarkannya untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.