Cari @ Amanz

Rekaan Belakang Oppo Reno Pula Tertiris

Link Copied!

Semalam video acah Oppo Reno telah tertiris menunjukkan sistem tri-kamera utama pada bahagian belakang. Terdapat ura-ura ini ialah peranti mercu Oppo tahun ini dengan cip Snaprdragon 855 serta sistem zoom 10X nirhilang yang diperlihatkan di MWC beberapa minggu yang lalu.

Hari ini rekaan penuh panel belakang peranti yang dikatakan Reno pula telah tertiris. Ia menyamai apa yang dilihat di dalam video semalam. Keseluruhan panel belakang diperbuat diperbuat daripada kaca dengan sistem tri-kamera disusun menegak selari dengan paksi tengah tubuh. Jelas kelihatan sensor paling bawah peranti ini mempunyai tubuh berkotak sama seperti yang dilihat pada peranti prototaip MWC.

Tiada pengimbas nadi pada bahagian belakang memberikan petanda sistem imbasan cap jari dalam skrin akan digunakan. Reno akan dilancarkan pada 10 April hadapan.


Komen ()