Can You Hack It oleh Hong Leong Bank Berhad kini kembali lagi buat kali kedua setelah kejayaan yang diraih mereka pada tahun lalu. Platform ini adalah salah satu inisiatif bank dalam mencari bakat baru bersama tawaran ganjaran kepada individu atau pasukan yang dapat menghasilkan inovasi digital kepada pihak perbankan. Acara hackathon 24 jam ini bakal berlangsung pada 27 dan 28 April 2019 ini di Menara Hong Leong di Damansara City,
Menerusi platform ini, perserta membina fleksibiliti dalam membaikpulih masalah yang sedia ada melalui API yang dikongsikan. Idea tersebut perlu mengikuti piawaian yang telah ditetapkan pada perkongsian maklumat. Secara tidak langsung ia dapat memberikan pengalaman perbankan digital yang lebih baik kepada pengguna. Sebagai contoh, fungsi seperti kemasukan data pada kedudukan lokasi di aplikasi Google Maps.
Bersama sokongan lebih daripada 150 pembangun, pereka FinTech, platform ini sudah pasti dapat menghasilkan idea yang terbaik kepada bahagian produk kewangan, pengalaman perbankan, dan pada penemuan fungsi kegunaan baru untuk teknologi yang sedia ada.
Majlis yang sama turut akan memperlihatkan usahasama daripada JomHack Malaysia, Google Cloud dan Rakuten RapidAPI. Malah peserta juga bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000, dan berpotensi untuk menerima peluang pekerjaan di Hong Leong Bank Berhad. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran Can You Hack It, anda boleh lawati pautan di bawah.