Chrome Untuk macOS Mojave Kini Menyokong Tema Gelap

Chrome Untuk macOS Mojave Kini Menyokong Tema Gelap

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Tema gelap ialah trend yang kami lihat mula mengumpul momentum sejak setahun yang lalu. Ia boleh ditemui pada sistem operasi peranti mudah alih dan juga komputer. Bagi pengguna Chrome pada sistem operasi macOS, ia kini akhirnya menyokong tema gelap secara rasmi menerusi versi terkini 73.0.3683.75.

Sekirnya Mac anda kini menggunakan tema gelap pada macOS Mojave, paparan Chrome anda akan secara automatik berubah ke warna gelap. Tema gelap untuk Windows 10 buat masa ini masih belum diaktifkan. Bulan lalu ujian tema gelap untuk Windows 10 dan macOS diberikan. Bagi mereka yang bekerja pada waktu malam dan sering mengalami masalah silau mata, tema gelap ini dapat membantu.


TIPS & ULASAN