Elon Musk mungkin terkenal untuk syarikat-syarikatnya seperti Tesla dan juga SpaceX, tetapi beliau juga menerajui sebuah syarikat penggalian bawah tanah yang dinamakan The Boring Company.
Melalui beberapa kicauan di Twitter, The Boring Company dan Elon Musk mengumumkan bahawa syarikat tersebut kini berada di dalam persediaan awal untuk mula membina sebuah terowong pengangkutan di sekitar Las Vegas Convention Center (LVCC).
Looking forward to building a Boring Company tunnel in Vegas. Assuming to be operational by end of year! https://t.co/cSSO4SJ140
— Elon Musk (@elonmusk) March 12, 2019
Pelan tersebut dikatakan baru sahaja melepasi kelulusan awal, dan proses penggalian akan bermula tidak lama lagi, dan kos pembinaan terowong ini dianggarkan bernilai $35 juta hingga $55 juta.
Buat masa ini, terowong pengangkutan ini hanya akan dibina disekeliling LVCC, tetapi Elon Musk tidak menidakkan bahawa projek tersebut akan dilanjutkan ke kawasan-kawasan lain di Las Vegas, misalnya Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran.
The Boring Company menjangkakan bahawa terowong ini akan lengkap menjelang acara Consumer Electronics Show 2021, tetapi Elon Musk berkata bahawa ia mungkin boleh disiapkan secepat penghujung 2019.