Toyota Akan Membangunkan Perayau Bulan Untuk Agensi Angkasa Lepas Jepun

Toyota Akan Membangunkan Perayau Bulan Untuk Agensi Angkasa Lepas Jepun

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Semua negara besar dengan agensi angkasa lepas mempunyai misi untuk menghantar angkasawan ke permukaan bulan. Setakat ini hanya Amerika Syarikat berjaya menghantar 12 orang angkasawan di bawah program Apollo. Bagi merealisasikan impian mereka, agensi angkasa lepas Jepun JAXA mengumumkan projek mereka konsep perayau bulan dengan kerjasama Toyota.

Perayau ini mampu membawa dua orang anak kapal dengan ruang yang besar pada bahagian belakang untuk mereka menukar pakaian untuk melakukan aktiviti di permukaan bulan. JAXA mensasarkan perayau ini menggunakan sel kuasa sebagai bahan api dengan panel solar pada bahagian sisi untuk mengecas bateri apabila perlu. Apabila dilancarkan pada tahun 2029 ke bulan, ia mampu beroperasi dengan jarak maksimum  10,000 km. Dari segi saiz pula ia sebesar 6.0 x 5.2 x 3.8 m.

Selain Jepun, Amerika Syarikat, China dan Rusia turut mahu menghantar angkasawan ke permukaan bulan. Ia akan menjadi makmal untuk menguji teknologi yang kemudiannya boleh digunakan pula untuk meneroka permukaan Marikh.


TIPS & ULASAN