Adakah anda sedang menghadapi masalah untuk mengakses inbox anda melalui GMail? Perkhidmatan email tersebut nampaknya kini sedang menghadapi masalah untuk diakses di seluruh dunia.
Outage Report kini sedang menunjukkan peta haba untuk kawasan-kawasan dimana GMail kini tidak boleh diakses, dan ia menunjukkan bahawa diantara kawasan-kawasan yang paling teruk terkesan, termasuklah rantau Amerika, negara Jepun, sebahagian daripada Australia dan Asia Tenggara.
Gmail is having issues since 10:08 PM ESThttps://t.co/vvOkRr96MS
RT if it’s down for you as well #gmaildown pic.twitter.com/TtPEx6Er3V— Outage.Report (@ReportOutage) March 13, 2019
Diantara masalah yang dihadapi para pengguna GMail termasuklah kesusahan untuk memasuki inbox dan tidak boleh menerima ataupun menghantar email, dan tidak boleh memuat turun fail-fail di dalam email tersebut.
Buat masa ini Google masih belum memberi sebarang penjelasan mengenai masalah ini, ataupun bilakah ia akan diperbaiki.