Cari @ Amanz

Antara perkara paling merisaukan ketika pergi ke kolam renang ialah barang peribadi seperti dompet, kunci kereta dan telefon pintar dicuri. Di hotel misalnya barang mungkin diletakkan pada kerusi yang ketika berenang tidak berjaya.  Bagi mereka yang sering mempunyai kerisauan ini, seluar All Terrain Travel Shorts menyelesaikan masalah ini.

Seluar yang diperbuat daripada bahan poliester ini mempunyai poket khas kalis air pada bahagian kanan. Pengguna boleh berendam dengan selamat sehingga kedalaman 30 meter. Bahagian penutup poket juga dilengkapi magnet bagi memastikan ia sentiasa tertutup kemas walaupun pengguna sedang berenang.

Seluar ini dihasilkan menggunakan plastik yang dikitar semula sekaligus membuatkannya mesra alam. Bagi yang berminat All Terrain Travel Shorts boleh dipesan menerusi laman biayasama Kickstarter pada harga 69 Euro (~RM 319) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd