Peranti mercu manakah yang mempunyai kemampuan kamera terbaik di pasaran pada waktu ini? Ini adalah soalan yang sering kami terima di media sosial sejak Galaxy S10+ dilancarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu. Artikel ini cuba mendapatkan jawapan dari pembaca sendiri dengan memperlihatkan sendiri tiga gambar yang disusun secara rawak. Peranti manakah yang mengambil gambar-gambar di bawah hanya akan didedahkan di penghujung artikel. Dengan ini pengguna boleh memilih gambar yang terbaik dengan lebih adil.
Kita mulakan dengan gambar dua ekor zebra yang diambil di dalam California Academy of Sciences pada waktu malam. Kesemua sumber cahaya adalah dari lampu di sekitar bilik pameran. Tetapan kamera adalah automatik dengan hanya bantuan sistem kecerdasan buatan diaktifkan.
Gambar kedua diambil di Market Street, San Francisco pada waktu tengah hari. Kami sengaja menghalakan kamera ke arah matahari yang amat terik bagi melihat kemampuan HDR peranti. Seperti gambar pertama, sekali lagi tetapan automatik dengan kecerdasan buatan diaktifkan.
Gambar ke empat diambil di Market Street sekali lagi tetapi pada waktu malam. Sumber cahaya adalah dari lampu-lampu jalan sahaja. Tetapan automatik digunakan tetapi pada Mate 20 Pro, mod malam digunakan kerana ia adalah mod khusus untuk situasi malam yang kelam seperti ini.
Seterusnya ialah gambar berhampiran Pier 43 yang mungkin anda dapat lihat di dalam filem Ant Man and The Wasp tahun lalu. Gambar diambil sekitar lima petang ketika matahari mula turun sebelum waktu senja.
Sudahkah anda melakukan pilihan gambar yang manakah yang terbaik dari empat set di atas? Sekiranya ya, anda boleh menekan butang di bawah bagi melihat kamera telefon pintar manakah yang terbaik. Adakah kesemua telahan anda tepat atau anda terkejut dengan jawapan sebenar? Kongsikan pendapat di ruangan komen di bawah.