Carian
Google Mengacah Pengumuman “Visi Masa Depan Permainan Video” Pada GDC 2019
March 13, 2019 Aman

Google kini telah menerbitkan video acah terbaru bersempena dengan acara Game Developers Conference (GDC) yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Melaluinya, Google mengacah pelbagai latar permainan berbeza yang membawa pengguna ke tempat bercahaya – sekaligus memberikan petanda mereka akan memperkenalkan sesuatu yang bakal mengubah arena permainan video masa kini.

Walaupun video acah ini tidak memberikan petanda keseluruhan, namun, jikalau mengikut sebelum ini, Google telah mengumumkan Project Stream yang diuji, menawarkan sokongan penstriman permainan ke peranti – sekaligus memudahkan seseorang memainkan permainan kegemaran mereka dimana-mana dengan mudah. Selain itu, pada minggu ini juga, sebuah paten hadir ke arena web, memperlihatkan rekaan alat kawalan permainan daripada pihak Google.

Google akan mengadakan ucaptama mereka bersempena GDC ini pada 19 Mac kelak. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Google melalui acara berkenaan pada minggu hadapan.

Komen