Cari @ Amanz

Epson ialah syarikat teknologi dari Jepun yang terkenal untuk mesin-mesin pencetak dan juga projektor mereka yang banyak digunakan di seluruh dunia.

Baru-baru ini Epson telah memperkenalkan dua buah projektor 4K baru untuk pasaran tempatan melalui siri projektor sinema rumah Epson 4K Pro-UHD yang terdiri daripada dua model projektor, iaitu Epson EH-TW7400 dan juga Epson EH-TW9400.

Kedua-dua projektor ini mampu memaparkan video resolusi 4K pada skrin bersaiz sebesar 300 inci, dan hadir dengan sokongan untuk teknologi HDR yang menunjukkan gambaran yang mempunyai warna yang lebih bersemangat.

Bercakap tentang HDR, kedua-dua projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400 menyokong teknologi HDR10, dan projektor EH-TW9400 turut menyokong penstriman pada resolusi 4K dan 60FPS untuk paparan yang lebih lancar.

Menurut Epson Malaysia, kedua-dua projektor ini akan dijual di pasaran Malaysia pada bulan April kelak, dimana projektor Epson EH-TW7400 akan dijual pada RM9800, dan Epson EH-TW9400 pada harga RM14,919.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd