Instagram kini telah memperkenalkan sebuah ciri baru pada aplikasi mereka, membolehkan para pengguna untuk menghentikan notifikasi daripada aplikasi berkenaan untuk sementara waktu.
Ini mungkin berguna bagi pengguna yang sering berkongsi Instagram Stories atau gambar dan video melalui Instagram, serta ingin berhenti menerima notifikasi daripada aplikasi berkenaan untuk sementara waktu.
Sebaik sahaja anda mengaktifkan fungsi ini, anda akan diberikan pilihan masa sehingga 8 jam, sebelum sokongan notifikasi berkenaan aktif kembali.
Dengan mengurangkan paparan notifikasi, ia sekaligus akan membolehkan anda tidak begitu tertumpu pada skrin peranti anda – sekaligus mengurangkan lagi ketagihan pada peranti, selain membolehkan anda memfokuskan kepada tugasan yang lebih produktif.
Untuk mengakses ciri ini, anda hanya perlu ke halaman Tetapan, dan seterusnya membuat pilihan ini melalui “Pemberitahuan”.