Windows 10 Akan Nyah-Pasang Kemaskini Bermasalah Secara Automatik

Windows 10 Akan Nyah-Pasang Kemaskini Bermasalah Secara Automatik

Diterbitkan pada Mac 13, 2019 oleh .

Windows 10 merupakan sistem operasi masa kini yang ditawarkan Microsoft, dimana kemaskini baru diperkenalkan hampir setiap enam bulan sekali. Dengan penawaran kemaskini dengan lebih pantas, ia sekaligus membawa kepada kerisauan para pengguna untuk menaik-tarafnya, risau akan yang mana kemaskini berkenaan mungkin membawa masalah kepada komputer mereka.

Kini, sebagai mengatasinya, Microsoft dilihat mengintegrasikan sokongan nyah-pasang kemaskini yang bermasalah secara automatik pada sistem operasi mereka.

Melalui ciri ini, ia sekaligus akan membolehkan Windows kembalikan semula pemasangan, termasuk dari segi sokongan pemacu, fail pada sistem, ciri baru Windows, selain sejumlah perkara lain.

Ciri ini akan diaktifkan sekiranya kemaskini Windows yang ditawarkan berkenaan menghalang daripada sesuatu komputer untuk dimulakan. Selepas nyah-pasang kemaskini berkaitan, kemaskini automatik tersebut akan dihalang daripada dipasang pada komputer berkenaan untuk tempoh 30 hari akan datang.

Langkah ini semestinya akan diminati ramai pengguna, terutamanya dalam organisasi yang sentiasa aktif menggunakan komputer dan tidak ingin komputer mereka menghadapi masalah disebabkan kemaskini sistem operasi.


TIPS & ULASAN