Sebanyak 200 Aplikasi Di Play Store Dikesan Mempunyai Perisian Hasad Secara Terbina

Sebanyak 200 Aplikasi Di Play Store Dikesan Mempunyai Perisian Hasad Secara Terbina

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Perkembangan peranti pintar telah menyebabkan banyak pihak mengambil peluang untuk menjana pendapatan. Namun ada di antaranya mengambil jalan pintas, dengan menghantar perisian hasad untuk mewujudkan iklan yang menggangu pengguna. Hasil penyelidikan keselamatan terkini, terdapat sebanyak 200 buah aplikasi telah terkesan dengan perisian hasad ini.

Perisian hasad yang ditemui adalah dalam bentuk adware yang membolehkan peranti dikawal untuk pemasangan iklan secara tidak sah. Ia dikenali sebagai SimBad, yang mana berfungsi sebagai platform untuk sajian iklan. Apabila adware ini terpasang, ia akan berjalan di belakang tabir dan kemudiannya memaparkan iklan pada lokasi tertentu di dalam peranti pengguna.

Firma sekuriti yang dikenali sebagai Check Point telah berkongsi sejumlah aplikasi yang terkesan, yang mana keseluruhannya mempunyai bilangan muat-turun mencecah 55 juta.

  • Snow Heavy Excavator Simulator (10,000,000 muat-turun)
  • Real Tractor Farming Simulator (5,000,000 muat-turun)
  • Ambulance Rescue Driving (5,000,000 muat-turun)
  • Hoverboard Racing (5,000,000 muat-turun)
  • Fire Truck Emergency Driver (5,000,000 muat-turun)
  • Heavy Mountain Bus Simulator 2018 (5,000,000 muat-turun)
  • Farming Tractor Real Harvest Simulator (5,000,000 muat-turun)
  • Speed Boat Jet Ski Racing (5,000,000 muat-turun)
  • Water Surfing Car Stunt (5,000,000 muat-turun)
  • Car Parking Challenge (5,000,000 muat-turun)

Walaupun perisian hasad ini hanya tampil dalam bentuk adware, ia berpontesi untuk menjadi malware yang berbahaya pada akan datang. Ia bukan sahaja menggangu pengguna dengan iklan, tetapi turut memperlahankan peranti kerana ia berfungsi melalui sumber di belakang tabir. Sekiranya anda ada terpasang salah satu permainan di atas ini, anda sangat disarankan untuk memadamnya sebelum ancaman yang lebih besar menghantui peranti anda.


TIPS & ULASAN