Microsoft Seeing AI Membolehkan Orang Buta Mengetahui Perkara Di Dalam Gambar Melalui Sentuhan

Microsoft Seeing AI Membolehkan Orang Buta Mengetahui Perkara Di Dalam Gambar Melalui Sentuhan

Diterbitkan pada Mac 14, 2019 oleh .

Microsoft sebelum ini telah hadir dengan aplikasi Seeing AI, yang membolehkan orang buta mendapatkan maklum balas audio dengan menghalakan kamera peranti ke sesuatu subjek. Ia kini telah menerima kemaskini baru, yang membolehkan pengguna mendapatkan maklum balas apabila menekan pada sesuatu perkara di dalam gambar.

Fungsi ini dijayakan dengan kaedah pembelajaran mesin untuk membantu pengecaman subjek dan lokasi. Untuk memulakannya, pengguna hanya perlu mengambil atau membuka sebarang gambar di Photos, tekan butang Share, dan aktifkan fungsi “Recognize with Seeing AI”. Kemudian, pengguna boleh menekan pada mana-mana bahagian gambar untuk mendengar maklum balas.

Aplikasi ini boleh menerangkan rupa bentuk subjek tersebut, berserta dengan mood apabila ia berjaya mengecam benda hidup. Apabila kamera dihalakan ke manusia, ia dapat menerangkan sifat tubuh fizikal dan mood individu tersebut berdasarkan ekspresi muka. Beberapa perkara di bahagian belakang subjek juga boleh dikenal pasti untuk membolehkan peranti memberi maklum-balas yang lebih menyeluruh.

Fungsi ini juga kini telah tersedia untuk iPad, jadi ia tidak terhad kepada penggunaan iPhone sahaja. Bagi anda yang mempunyai kenalan yang kurang upaya dari segi penglihatan, anda boleh menyarankan kepada mereka untuk memuat-turun Microsoft Seeing AI melalui App Store.


TIPS & ULASAN