Pada bulan lepas, kod AOSP didapati sedang bersedia untuk sokongan dwi-sim pada Google Pixel 4. Kod ini diuji pada Pixel 3 dan Android Q Beta 1 yang dilancarkan hari ini telah mengaktifkan fungsi ini.
Anda pasti tertanya, bagaimana Pixel 3 yang hanya mempunyai satu slot sim kad mampu menggunakan dwi-sim? Semestinya melalui eSim. Dalam Android Q, pengguna yang mempunyai eSim dan sim kad fizikal kini boleh tetapkan sim kad kegunaan mereka seperti mana peranti dwi-sim lain. Di Malaysia, jika anda adalah pengguna XOX – anda boleh cuba fungsi ini, kerana ini sahaja telko yang menyokong eSim pada peranti set import.
Oh whoa it looks like Q enables dual active sim support for pixel 3 👀 pic.twitter.com/o7Aghd4KEM
— Owen Williams ⚡ (@ow) March 13, 2019
Fungsi ini ditemui oleh pengguna Twitter @ow yang mencuba Android Q pada Pixel 3 beliau. Beliau turut menemui mod desktop terbina, sokongan rakaman skrin, menaktifkan mod tema gelap dan banyak lagi.
Anda bagaimana, sudahkah anda mencuba Android Q pada Pixel 3 anda?