Cari @ Amanz

Vivo V15 Akan Mula Dijual Pada 23 Mac Di Malaysia – Pratempah Bermula 16 Mac

Link Copied!

Selang beberapa minggu dari pelancaran rasmi vivo V15 Pro di Malaysia, pada hari ini mereka telah mengumumkan vivo V15 untuk pasaran tempatan yang akan dimulakan pra-tempah untuknya pada 16 Mac.

vivo V15 membawakan rekaan yang sama dengan V15 Pro, dengan saiz paparan yang sama dan juga masih mengekalkan kamera periskop 32 MP yang akan meluncur naik apabila diaktifkan. Ia juga mempunyai kapasiti storan 128GB serta 6GB RAM, dan juga bateri 4,000 mAh sama seperti versi V15 Pro.

Kelainan yang terdapat pada peranti ini adalah ia tidak menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, sebaliknya ia diletakkan pada bahagian belakang peranti. Kamera utama yang terletak di bahagian belakang pula menggunakan kamera 12MP, tidak seperti kamera 48MP yang digunakan pada V15 pro.

Satu lagi kelainan yang terdapat pada vivo V15 adalah ia menggunakan cip pemprosesan Helio P70, berbeza berbanding cip pemprosesan Snapdragon 675 yang terdapat pada vivo V15 Pro.

Buat masa ini harga peranti ini masih tidak diketahui namun vivo akan membuka pratempah untuknya pada 16 Mac. Pelancaran peranti ini secara rasmi dan aktiviti promosi untuknya pula akan pada 23 Mac 2019 di pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.


Komen ()