Cari @ Amanz

Samsung sedia menjadualkan pengenalan Samsung Galaxy M yang akan ditawarkan secara eksklusif atas-talian pada Isnin hadapan. Selain daripada siri Galaxy M, pihak Samsung Malaysia turut menjadualkan pengenalan Samsung Galaxy A (2019) pada hari yang sama.

Samsung Galaxy A30 A50

Dua model dijangka diperkenalkan dibawah keluarga berkenaan, iaitu Samsung Galaxy A30 dan juga Samsung Galaxy A50.

Samsung Galaxy A50 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+, hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, dijana memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan tri-kamera belakang 25MP + 5MP + 8MP, selain kamera swafoto 25-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Galaxy A30 pula versi lebih mampu-milik, hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera swafoto 16MP. Peranti ini juga turut hadir dengan bateri 4000mAh.

Di Malaysia, Samsung Galaxy A50 telah disenaraikan beberapa penjual pada harga RM1199, sementara Galaxy A30 pula pada harga RM799. Sekiranya ini benar, maka ia boleh dikatakan antara penawaran berbaloi daripada Samsung – sekaligus akan membolehkan Samsung bersaing dengan lebih aktif bersama pengeluar dari China yang lain. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran versi Galaxy A30 dan Galaxy A50 untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd