Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 4e. Menariknya, selari dengan pengumuman di China, peranti ini turut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Huawei Nova 4e merupakan keluarga baru dibawah siri Nova – dan ia turut dikenali dengan nama Huawei P30 Lite dibeberapa pasaran. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana peranti ini membawakan beberapa elemen rekaan daripada siri keluarga P30 baru yang bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini.

Huawei Nova 4e

Huawei Nova 4e hadir dengan skrin bertakuk 6.15-inci LTPS pada resolusi 2312×1080 pixel, dijana cip Kirin 710, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Nova 4e menggunakan bateri 3340mAh yang dicas menggunakan USB-C, selain bicu audio 3.5mm.

Pada bahagian kamera, telefon pintar ini memfokuskan sokongan swafoto dengan lensa 32-megapixel. Selain itu, ia menyertakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 24-megapixel utama, 8-megapixel rakaman sudut-lebar dan 2-megapixel untuk bokeh.

Huawei Nova 4e turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik untuk rakaman gambar, selain sokongan GPU Turbo 2.0 untuk permua yang menyokong PUBG, Mobile Legends dan sebagainya. Huawei turut menyertakan beberapa ciri baru seperti Video Ringtone yang memainkan paparan video apabila menerima panggilan.

Huawei Nova 4e

Bagi pengguna tempatan, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1199 bermula hari Sabtu ini, 16 Mac 2019. Ia ditawarkan dalam pilihan warna putih, biru dan hitam. Huawei turut menyertakan sokongan langganan Huawei VIP yang menawarkan sejumlah diskaun daripada rakan-rakan kerjasama Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd