Cari @ Amanz

Acer AltosCloud VDI Adalah Dua Terminal Komputer Virtual Dengan Prestasi Seakan Komputer Sebenar

Link Copied!

Pernah atau tidak anda sebagai majikan mempunyai masalah untuk tempatkan set komputer di dalam pejabat? Masalah ini sebab apa? Pejabat kecil? Pekerja terlalu ramai? Masalah pengurusan kabel? Internet terlampau laju tidak tahu untuk buat apa? Jika ini masalah yang dihadapi oleh para majikan, maka Acer telah temui solusi menarik.

Acer telah hadir dengan dua terminal komputer virtual dalam siri AltosCloud VDI. Dua terminal ini adalah, AltosCloud TC400 dan TC410. Ia adalah satu kotak kecil yang berbentuk seakan sebuah kotak set Android TV yang mempunyai spesifikasi yang cukup berkuasa untuk menjalankan komputer virtual pada prestasi yang sama dengan komputer fizikal. Akan tetapi, untuk menggunakan terminal ini – sesebuah syarikat atau seseorang perlu mempunyai pelayan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Acer AltosCloud TC400

Model terminal mempunyai rekaan yang ringkas dan kompak. Ia boleh terus diletakkan di belakang paparan melalui mount jenis VESA. Ia juga direka tanpa kipas terbina untuk mengelakkan bunyi kipas yang bising. Cara yang mudah untuk digunakan selepas tetapan berjaya, hanya sambungkan papan kekunci, tetikus dan paparan – para pekerja boleh mula menggunakannya. Terminal ini dijana pemproses ARM A9 empat-teras 1.6GHz, RAM 1GB, storan 8GB Nand Flash, 4x port USB-A, port LAN RJ45, 1x VGA, 1x HDMI, port audio in/out dan juga lampu LED.

Acer AltosCloud TC410

Secara keseluruhan ianya sama sahaja, cuma mode terminal ini mempunyai port USB-A yang lebih, iaitu 6x USB-A, jadi rekaannya adalah lebih tebal. Tetapi masih sama, kekal dengan sokongan boleh dimount melalui mount jenis VESA di belakang paparan. Ia dijana dengan cip pemproses yang lebih berkuasa, ARM Cortex-A53 lapan-teras dan sokongan HDMI pada resolusi FHD.


Terminal ini hanya sebagai penerima dan prestasi, driver, pengurusan tugas, kemaskini, spesifikasi komputer sebenar perlu bergantung kepada hos yang dimiliki majikan atau sesuatu syarikat. Syarikat atau majikan tadi juga boleh tetapkan spesifikasi khas/berbeza untuk setiap pekerja. Ini kerana, memori RAM, storan, sistem operasi, grafik, sambungan rangkaian semua boleh ditetapkan dengan tetapan tertentu.

Menurut Acer, mereka menjamin yang prestasi komputer virtual mereka ini adalah setaraf dengan komputer biasa. Cuma pemilik terminal perlu pastikan yang Internet adalah cukup laju dan sambungan hanyalah melalui kabel LAN. Dari segi harga, secara keseluruhan menurut Acer adalah lebih kurang harga komputer fizikal, cuma dari segi pengurusan, kemaskini, pengurusan kabel adalah lebih mudah. Secara teorinya, terminal ini turut boleh ditetapkan untuk sebuah kafe siber.


Komen ()