Cari @ Amanz

Garmin Melancarkan Lima Jam Tangan Pintar Mewah Di Bawah Siri MARQ

Link Copied!

Pasca pelancaran jam tangan pintar sekitar lima tahun yang lalu, jualan jam tangan analog mula terjejas. Ini membuatkan pengeluar jam tangan mewah berpusu-pusu menghasilkan jam tangan pintar mereka sendiri yang dijual pada harga kurang mampu milik. Contoh terkini ialah jam tangan pintar Louis Vuitton Tambour Horizon 2019 yang dilancarkan Disember lalu.

Garmin ialah pengeluar jam tangan pintar yang mensasarkan golongan pengembara dan meminati kehidupan aktif. Pagi ini mereka menerjah pula ke dalam arena penghasilan jam tangan pintar mewah di bawah siri MARQ. Lima model yang ditawarkan ialah MARQ Athlete, MARQ Expedition, MARQ Captain, MARQ Aviator dan MARQ Driver. Setiap satunya hadir dengan fungsi khusus seperti menjejak penerbangang, laluan laut dan juga litar lumba terkemuka.

Setiap jam tangan MARQ mempunyai tubuh atau tali yang diperbuat daripada bahan titanium dan kaca tahan lasak nilam. Ia boleh ditambat kepada telefon pintar untuk memaparkan notifikasi. Terdapat sokongan membaca denyutan nadi, peta, GPS dan kandungan oksigen dalam darah. Dengan sekali caj jam tangan pintar ini boleh bertahan sehingga 12 hari.

Harga jualan bermula dari $1500 (~RM 6000) untuk MARQ Athlete dan meningkat ke $2500 (~RM 10,000) untuk Garmin MARQ Driver. Pra-tempahan telah dibuka dan penjualan akan dilakukan pada suku kedua 2019.


Komen ()