Cari @ Amanz

Kad memori CFexpress 2.0 adalah format terbaru yang menawarkan kelajuan terpantas yang pernah dihasilkan, Awal bulan ini Sony melancarkan kad CFexpress CompactFlash TypeB dengan kadar pemindahan data mencecah 1,700 MB/s. Apa yang mungkin tidak anda sedari kad CFexpress ini akan ditawarkan dalam tiga saiz dan kelajuan yang berbeza selepas dipersetujui ahli CompactFlash Association (CFA)

Tiga saiz kad CFexpress adalah Type A, Type B dan Type C. Type A adalah yang terkecil dan dihasilkan untuk kamera digital kompak. Ia adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan format SDXC sebelum ini. Type B pula mempunyai saiz yang sama seperti kad XQD dan mensasarkan penggunaan pada kamera digital prestasi tinggi. Kamera yang menyokong XQD akan boleh menyokong CFexpress Type B menerusi kemas kini firmware. Akhir sekali ialah Type C yang paling besar dan pantas sehingga 4000 MB/s.

Dengan pengenalan format baharu ini, pengguna perlu memastikan kamera mereka menyokongnya sebelum membeli. Ini juga bermakna pembaca kad memori SFexpress juga perlu dibeli kerana pengenalan format saiz baharu.

Sumber CFA menerusi Nikon Rumors

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd