Cari @ Amanz


Pada bulan lepas, Samsung telah mengumumkan penawaran storan UFS 3.0 512GB yang telah memulakan pengeluaran untuk digunakan pada peranti mudah-alih. Kini, selain daripadanya, Samsung turut mengumumkan pengeluaran memori 12GB RAM LPDDR4X yang dioptimasikan untuk telefon pintar.

Samsung 12GB LPDDR4X

Samsung mengatakan penggunaan memori 12GB RAM ini akan menawarkan kemudahan untuk membuat multi-tugasan dan menjalankan pelbagai aplikasi dengan lancar pada telefon. Selain itu, penawaran ini juga, ia akan menjimatkan ruangan komen pada telefon pintar, sekaligus memberikan lebih ruangan untuk bateri.

Dengan pengeluaran memori terbaru ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana kita akan dapat melihat penggunaan memori 12GB RAM dan storan 512GB UFS 3.0 pada telefon pintar mercu akan datang daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd