Redmi, sub-jenama baru kepada Xiaomi telah pun mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar baru, iaitu Redmi 7 pada minggu hadapan. Dengan beberapa hari lagi berbaki, kini Xiaomi dilihat telah menerbitkan gambar acah terbaru, memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang peranti berkenaan.
Daripada apa yang diperlihatkan, Redmi 7 membawa rekaan skrin bertakuk kecil, selain penggunaan dwi-kamera dibahagian belakang. Spesifikasi penuh untuknya masih belum didedahkan oleh pihak Xiaomi buat masa ini.
Selain pengenalan Redmi 7, pihak Xiaomi turut dijangka mengumumkan Redmi Note 7 Pro dan juga beberapa produk dibawah ekosistem mereka. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 18 Mac 2019 ini untuk melihat kejutan daripada pihak Xiaomi.