Apple Menjadualkan WWDC Pada 3 Jun – Pengenalan Versi iOS Dan macOS Akan Datang

Apple Menjadualkan WWDC Pada 3 Jun – Pengenalan Versi iOS Dan macOS Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Apple sering mengadakan acara memfokuskan pembangun dinamakan WWDC sekitar bulan Jun. Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 3 Jun 2019.

Apple WWDC 2019

Pada acara WWDC, ia akan lebih memfokuskan kepada para pembangun aplikasi dan kandungan. Melaluinya, menjadi kebiasaan untuk Apple memperkenalkan versi iOS dan macOS akan datang, dimana sejumlah ciri akan dipertontonkan, selain menawarkan kemudahan untuk pembangun mengoptimasikan penawaran mereka untuk sistem operasi akan datang.

Selain iOS dan macOS, tvOS dan watchOS juga dijangka akan menerima perhatian pada acara WWDC ini.


TIPS & ULASAN