Google Pixel 3 Lite dan Pixel 3 Lite XL dikatakan akan dilancarkan tahun ini. Dua peranti ini adalah peranti pertama dari Google dengan spesifikasi kelas pertengahan. Dengan nama lain, ia adalah peranti ‘murah’ Google. Banyak butiran telah tertiris, tersenarai di Geekbench, video ‘pandang pertama’ tertiris – tetapi tiada pengesahan yang mana benar yang mana palsu.
Kita sudah tahu setakat ini, siri Pixel Lite ini akan dijana Snapdragon 670 dan Snapdragon 710. Dua cip pemproses ini agak berkuasa dalam kelasnya dan jika Google gunakan pada peranti mereka dengan menjalankan Android asli – ia pasti mengagumkan. Mengejutkan, baru-baru ini tersenarai di Geekbench yang Pixel 3 Lite XL dilihat dijana dengan Snapdragon 625 dan memori 2GB RAM.
Cip yang sudah dikira lapuk yang digemari Xiaomi pada suatu masa dahulu. Apa yang Google cuba cuba lakukan ini masih menjadi tanda tanya. Harapnya, ini hanya ujian dalaman dan bukan peranti terakhir buat siri Google Pixel Lite nanti.