Pagi semalam perkhidmatan Facebook. Instagram dan WhatsApp gagal diakses oleh pengguna global. Perkhidmatan kembali pulih secara berperingkat tetapi kehilangan fungsi asas seperti kemampuan memuat naik gambar. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai sebab mengapa gangguan ini berlaku.
Yesterday, as a result of a server configuration change, many people had trouble accessing our apps and services. We've now resolved the issues and our systems are recovering. We’re very sorry for the inconvenience and appreciate everyone’s patience.
— Facebook (@facebook) March 14, 2019
Pihak Facebook telah mengesahkan ia disebabkan oleh penukaran konfigurasi yang dilakukan pada pelayan. Mereka memohon atas sebarang kesulitan dan menghargai kesabaran pengguna ketika gangguan berlaku. Perkhidmatan mengambil masa 11 jam untuk kembali pulih dan ini boleh dianggap perlahan bagi syarikat besar seperti Facebook. Ia juga menunjukkan betapa ramai di antara kita yang bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan Facebook untuk berita, komunikasi, dan melakukan perniagaan.