Cari @ Amanz

Pembesar suara dengan ciri-ciri pintar bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat besar seperti Amazon, Apple dan Google semuanya mempunyai peranti mereka sendiri.

Terkini, nampaknya IKEA juga bakal memperkenalkan pembesar suara pintar mereka, yang akan direkacipta bersama-sama dengan Sonos yang dinamakan SYMFONISK. Pembesar suara ini yang hadir dengan teknologi pintar Sonos juga akan menyokong teknologi lampu dan suis pintar dari IKEA.

Pembesar suara tersebut, yang mula diperkenalkan pada pertengahan tahun lalu, akan ditunjukkan di sebuah acara di Milan pada tahun hadapan, dikatakan akan menyokong pembantu suara seperti Google Assistant, Alexa dan juga Siri.

Buat masa ini, IKEA masih belum mengumumkan bilakah pembesar suara SYMFONISK ini akan dijual, tetapi terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa ia akan mula diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat dan juga United Kingdom terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd