Cari @ Amanz

Ia telah diumumkan sebelum ini yang mana Sukan SEA 2019 pada tahun ini di Filipina bakal menawarkan lima pingat untuk acara esukan. Selari dengannya, Malaysia akan turut menghantar wakil tersendiri, dan selari dengannya Persatuan Esukan Malaysia (ESM) kini telah mengumumkan akan mula mengadakan pemilihan wakil bermula bulan Mac 2019 ini.

Pemilihan ini akan diadakan pada peringkat negeri pada Mac dan April ini. Pemilihan akan dibahagikan kepada tiga bahagian – iaitu “State Qualifiers”, “National Grand Final” dan “Bootcamp”.

Dari segi pemilihan juga, ia akan diadakan dalam dua format – iaitu secara atas-talian dan juga secara luar-talian di lokasi-lokasi terpilih. Lima permainan yang akan dipertandingkan adalah DotA 2, StarCraft 2, Mobile Legends : Bang Bang, Arena of Valor, dan juga Tekken 7.

Bagi anda yang berminat, boleh layari laman khusus yang disediakan pihak ESM, dan mendaftar untuk menyertai dan menjadi wakil negara dan memenangi pingat pada peringkat Sukan SEA 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd