Samsung Akan Meningkatkan Kemampuan Pengimbas Cap Jari Galaxy S10 Menerusi Kemaskini
Artikel Berkaitan

Samsung Akan Meningkatkan Kemampuan Pengimbas Cap Jari Galaxy S10 Menerusi Kemaskini

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10+ dan S10 adalah peranti pertama yang menggunakan sistem imbasan jari ultrasonik terbina dalam skrin. Dengan sistem ini, imbasan adalah lebih pantas dan boleh dilakukan walaupun dengan jari yang basah. Tetapi sebilangan kecil pengguna kini melaporkan imbasan sukar dilakukan jika jari terlalu kering atau mempunyai calar.

Menurut laporan Korea Herald, pihak Samsung akan memberikan kemas kini bagi meningkatkan kemampuan imbasan cap jari untuk menyelesaikan masalah yang dilaporkan pengguna. Sejak dilancarkan Samsung telahpun memberikan satu kemas kini kepada sistem imbasan. Samsung walau bagaimanapun tidak memberikan tarikh bilakah kemas kini seterusnya akan diberikan buat masa ini.


TIPS & ULASAN