Cari @ Amanz

Berita mengenai pembelian syarikat permainan aksesori bukanlah sesuatu yang jarang didengari. Syarikat-syarikat seperti Logitech dan Razer diantara nama-nama yang sering didengari apabila syarikat-syarikat lebih kecil dibeli.

Turtle Beach ialah sebuah syarikat yang terkenal untuk aksesori fon kepala gaming mereka, dan terkini, mereka nampaknya bakal mengembangkan sayap perniagaan ke aksesori-aksesori lain pula, kerana mereka dikatakan akan mengambil alih sebuah lagi jenama aksesori gaming, Roccat.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan, Turtle Beach bakal membeli Roccat untuk $19.2 juta (RM78.5 juta) dengan gabungan wang tunai, stok saham dan sebagainya, dan akan mengambil alih keseluruhan bisnes syarikat tersebut.

Roccat dikenali untuk aksesori-aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus, pad tetikus dan juga kerusi gaming, dan ia dikatakan diantara jenama-jenama gaming yang paling terkenal di rantau Eropah.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dijangka bahawa Turtle Beach akan mengembangkan lagi bisnes mereka ke rantau-rantau seperti Asia Pasifik dan sebagainya, dan mengaut keuntungan yang besar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd