Satu Per Tiga Web Kini Dijana Menggunakan WordPress

Satu Per Tiga Web Kini Dijana Menggunakan WordPress

Diterbitkan pada Mac 15, 2019 oleh .

Pihak WordPress hari ini berkongsi statistik semasa pegangan pasaran mereka dalam dunia web, mengatakan kini WordPress menjana 33.4% daripada 10 juta web terkemuka di dunia.

Angka ini terus memperlihatkan peningkatan positif dari tahun ke tahun. Pada 2011 yang lepas, WordPress menjana sekitar 13.1% daripada web, dan kini 2019 ia telah menjana 33.4% web. Angka ini dijangka akan terus meningkat dengan perkembangan arena web dari hari ke hari.

WordPress sendiri telah berevolusi dari tahun ke tahun. Selain hanya memfokuskan kepada perkongsian blog, ia turut digunakan untuk pembangunan web edagang, komuniti, dan juga laman pencarian pekerjaan. Dengan perkembangan sihat ini, ia sekaligus membuatkan komuniti WordPress terus berkembang, dan sokongan untuknya dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Belajar : WordPress


TIPS & ULASAN