Carian
Ini Adalah Spesifikasi Rasmi Tiga Peranti Oppo Reno – Oppo Reno, Oppo Reno Lamborghini Dan Oppo Reno Light
March 16, 2019 Fahim Zahar

Oppo Reno adalah sub-jenama baru Oppo. Untuk peranti pertama Oppo Reno ia adalah sebuah peranti mercu. Ada kemungkinan besar yang siri Reno ini adalah siri peranti mercu baru Oppo. Hanya beberapa hari yang lepas, rekaan belakang Oppo Reno tertiris – kini laman Weibo rasmi Reno telah mengumumkan spesifikasi penuh peranti ini secara rasmi.

Oppo Reno

  • Snapdragon 855
  • 8/10/12 GB RAM + 256GB Storan UFS 2.1
  • Tri-Kamera belakang: 48MP Sony IMX586 lensa boleh laras f/1.5-f/2.4 + lensa zoom nirhilang optikal 10x + lensa ultra lebar 16mm-160mm (mirip lensa 35mm DSLR)
  • Bingkai aluminium aloi siri-7 + warna cerun
  • Kamera swafoto 32MP Sony IMX510 f/1.7
  • Pengimbas cap jari ultrasonik
  • Bateri 4065mAh Super VOOC 3.0, 40 minit pengecasan penuh
  • Harga; RMB4999 8/256 GB, RMB5499 10/256 GB dan RMB6999 12/256 GB. Ia adalah sekitar RM3047, RM3352 dan RM4266

Oppo Reno Lamborghini Edition (5G)

  • Snapdragon 855
  • Modem Snapdragon X50, 5G
  • 12 GB RAM + 512GB Storan UFS 3.0
  • Sistem kamera yang sama
  • Pengimbas cap jari ultrasonik
  • Bingkai keluli nirkarat + rekaan belakang lebih unik dan khas
  • Bateri 5000mAh Super VOOC 3.0, 40 minit pengecasan penuh
  • Sistem penyejukan graphene super-ice heat dissipitation
  • Harga; RMB999, iaitu sekitar RM6095

Oppo Reno Light Deluxe Edition

  • Snapdragon 675
  • 8GB RAM + 128/256 GB Storan UFS 2.1
  • Tri-Kamera belakang: 48MP Sony IMX586 lensa boleh laras f/1.5-f/2.4 + lensa zoom nirhilang optikal 5x + lensa ultra lebar 16mm-160mm (mirip lensa 35mm DSLR)
  • Kamera swafoto 32MP Sony IMX510 f/1.7
  • Pengimbas cap jari fotoelektrik
  • Bateri 4065mAh Super VOOC 3.0, 40 minit pengecasan penuh
  • Harga; RMB3699 8/128 GB, RMB3999 8/256 GB, iaitu sekitar RM2255 dan RM2437

Skrin buat kesemua Oppo Reno adalah panel Dynamic AMOLED dengan resolusi FHD+ yang menyokong HDR10+. Panel ini adalah panel pertama yang digunakan pada peranti pintar bukan daripada Samsung. Sensor pengimbas cap jari peranti ini turut menyokong imbasan dua jari serentak untuk memasuki ruang penyulitan. Untuk tindak balas seakan butang fizikal, Reno menggunakan penggetar paksi-Z.

Bahan binaan pada Oppo Reno adala Corning Gorilla Glass 6 pada hadapan dan belakang. Antara teknik rekaan warna panel belakang peranti Oppo Reno adalah warna cerun merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Untuk rangkaian, ia menggunakan teknologi dwi-frekuensi dan dwi-antena untuk menyokong sambungan pada mana-mana rangkaian di pelosok dunia.

Untuk audio, kessemua peranti Oppo Reno mempunyai DAC AK4377A dari AKM. Terdapat beberapa butiran yang Oppo tidak kongsikan, seperti saiz megapixel lensa telefoto, kewujudan bicu audio 3.5mm, saiz skrin tambahan atau juga jika terdapat butang khas untuk melancarkan pembantu maya. Kita hanya akan ketahui maklumat lanjut pada 10 April kelak.

Komen