Windows 7 ialah sistem operasi yang amat popular. Jika anda ke pejabat kerajaan anda masih boleh melihat sistem operasi ini digunakan walaupun ia sudah berusia hampir sepuluh tahun. Kerana sudah agak berusia, ia bukan lagi sistem operasi yang terbaik bagi peminat permainan PC kerana masih menggunakan DirectX 11.
Tetapi agak mengejutkan semalam apabila Microsoft mengumumkan sokongan DirectX 12 akan akhirnya diberikan kepada Windows 7. World of Warcraft : Battle for Azeroth ialah permainan pertama menyokong DX12 pada Windows 7. Sungguhpun begitu Microsoft mengatakan pengalaman terbaik DX12 adalah di Windows 10. Bagi pengguna Windows 8 dan 8.1 pula, sokongan DX12 tidak akan diberikan dan terhenti pada Direct X 11.2 sahaja buat masa ini,